Ramos percaya bermain 'empat atau lima tahun' lagi

Astro Arena
November 27, 2021 06:54 MYT
Sergio Ramos yang tidak bermain, menjalani latihan memanaskan badan selepas perlawanan UCL kumpulan A antara Manchester City dan PSG di Stadium Etihad, Manchester, England, 24 Nov 2021. (Foto AP)
SERGIO Ramos menjelaskan mampu 'beraksi empat atau lima tahun' jika mampu tahap fizikal dan mentalnya dapat dikekalkan.
Ramos berhijrah ke Paris Saint-Germain secara percuma Julai lalu, tetapi masih belum membuat penampilan buat skuad kendalian Mauricio Pochettino ekoran kecederaan lutut yang dialami sebelum ini.
Pertahanan tengah itu memberikan tanda positif selepas dia berada di bangku simpanan ketika tewas kepada Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL).
Bekas bintang Real Madrid itu berkemungkinan diturunkan bertemu Saint-Etienne, di mana PSG tidak tewas dalam 12 aksi liga, dengan kekalahan terakhir kepada lawan itu hadir pada September 2008.
Tetapi Ramos berasakan dia mampu bermain dengan lebih lama jika dapat mengekalkan tahap mentalitinya, ketika dia yakin tahap fizikalnya mampu beraksi dengan lebih lama.
"Saya rasa saya boleh terus bermain selama empat atau lima tahun," kata Ramos kepada Amazon Prime Video.
"Yang paling penting adalah kekuatan mental saya. Saya berharap saya tidak mempunyai sebarang masalah fizikal lagi."
Pemain berusia 35 tahun itu menamatkan hubungan selama 16 tahun dengan Real apabila dia berhijrah ke Perancis, tetapi dia tidak bermain sejak kekalahan Los Blancos dalam Liga Juara-Juara (UCL) kepada Chelsea pada awal Mei.
#Sergio Ramos #Paris Saint-Germain #kecederaan lutut #bangku simpanan
;