Jurulatih dari Sepanyol, Ramon Marcote bakal mengendali skuad Lang Merah bagi saingan Liga Malaysia musim 2018.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, jurulatih berkenaan telah berada di Alor Setar untuk proses menandatangani kontrak perjanjian selaku ketua jurulatih Kedah dengan pihak pengurusan KFA.
"Kita dah buat keputusan dan jurulatih baharu sudah pun berada di sini cuma saya belum jumpa lagi. Kita akan jumpa dan tandatangan kontrak tidak lama lagi tapi kita masih belum putuskan tempoh kontrak sama ada setahun atau dua tahun," katanya kepada pemberita selepas menyertai Pertandingan Golf Piala Ahmad Zahid Hamidi 2017 di The Mines Resort
Marcote yang dikhabarkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 6 Dis menghangatkan spekulasi beliau bakal dilantik secara sah sebagai ketua jurulatih Kedah bagi musim 2018.
Marcote menjadi bualan selaku calon bagi menggantikan khidmat Mohd Nidzam Adzha Yusoff yang menyatakan kesediaan untuk berundur selepas gagal membantu Lang Merah mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia 2017.
Bekas penolong jurulatih Atletico Madrid itu pernah bersama Kedah pada 2015 sebagai jurulatih kecergasan, berjaya membawa Kedah ke pentas final ketika memangku tanggungjawab jurulatih berikutan ketiadaan Tan Cheng Hoe yang mengikuti kursus kejurulatihan profesional di China.
Selain Marcote, KFA juga dikatakan meneliti khidmat bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim, Mario Gomez yang dianggap pilihan sesuai untuk membimbing pasukan Kedah berdepan cabaran Liga Malaysia musim 2018.
Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata skuad Hijau Kuning mengekalkan dua pemain import dari musim lepas, Liridon Krasniqi dan Sandro Mendonca, manakala yang selebihnya akan ditentukan oleh ketua jurulatih nanti.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan rasuah ke atas enam pemain dan jurulatih Kedah, beliau berkata perkara itu telah pun disiasat oleh polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kita telah mendapatkan penjelasan daripada pemain dan jurulatih. Kita pun tak tahu siapa yang buat dakwaan itu, jadi serah semuanya pada polis sebab laporan telah dibuat. Ini mungkin luahan daripada peminat yang kecewa dan tidak berpuas hati," katanya, sambil menegaskan tindakan akan dikenakan jika ada pemain terbabit dengan rasuah.
Sebelum ini tular di media sosial mengatakan ada pemain skuad Lang Merah itu disogok RM200,000 seorang pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Shah Alam pada 4 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2017
Ramon Marcote bakal mengendali skuad Lang Merah bagi saingan Liga Malaysia musim 2018. -Gambar Instagram @marcote8
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.
Kekalutan politik Kedah
Peristiwa pelantikan dan pergolakan Menteri Besar Kedah tidak pernah berkesudahan.
Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah
Tindakan itu adalah bagi memberi laluan kepada barisan pelapis baharu untuk meneruskan dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan BN di Kedah.
PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib
Beliau berkata disebab itu, agenda perumahan menjadi keutamaan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14.
'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tahap sokongan UMNO di Langkawi apabila memutuskan keputusan untuk bertanding di Parlimen berkenaan.
BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding
Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Parlimen dibubar hari ini?
Adakah Parlimen akan dibubarkan hari ini? Ramai dalam kalangan pengamal media meramalkan pembubaran akan diumumkan hari ini.
Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan
Peningkatan kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbanan anggota serta pegawai sukarela badan beruniform di seluruh negara.
Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu pengurusan KFA melakukan siasatan dan rombakan sekiranya perlu.
'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai
Cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.