Rakyat Malaysia nanti resepi mujarab Kim Swee petang ini
Astro Arena
Januari 20, 2018 09:34 MYT
Januari 20, 2018 09:34 MYT
Jurulatih bola sepak bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee enggan menjadikan keputusan perlawanan terakhir kedua-dua pasukan mempengaruhi persembahan pasukan sebaliknya menuntut pemain kekal fokus untuk melakar kejutan dalam pertemuan suku akhir hari ini.
Skuad negara berpeluang menentang pasukan itu buat kali kedua selepas Incheon 2014 pada temasya yang sama.
Meskipun temasya itu membabitkan tiga pemain lebih umur, kekalahan 0-3 skuad negara kepada Korea Selatan dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan jelas masih segar dalam ingatan Kim Swee selaku pengendali pasukan negara ketika itu.
Begitupun, Kim Swee menegaskan pertemuan itu tidak boleh dijadikan sebagai perbandingan dengan perlawanan pada sabtu.
Ketika Kim Swee menuntut anak buahnya kembali fokus untuk pertemuan di Kunshan itu, lawan yang juga naib juara 2016 mula melancarkan perang psikologi.
Menganggap Malaysia lawan yang kuat, pengendalinya Kim Bong Kil menyifatkan bukan tugas mudah buat anak didiknya.