Rakan Muda: KBS sedia peruntukan RM1 juta
Astro Arena
Februari 15, 2024 11:25 MYT
Februari 15, 2024 11:25 MYT
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda oleh Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT) bagi tahun 2024.
Bantuan kewangan itu diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
SRM IPT merupakan sekretariat khusus yang ditubuhkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta bertujuan untuk melaksanakan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda.
Aktiviti yang dijalankan dapat menyerlahkan potensi dan membentuk sahsiah dan jati diri yang baik dalam kalangan pelajar IPT.