Rajagobal kunci mulut isu langgar Artikel 88 FAM

Bernama
April 9, 2013 07:52 MYT
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal terus bersikap 'kunci mulut' terhadap isu pertuduhan melanggar Artikel 88 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"No komen...no komen," katanya ketika ditanya bila beliau akan menghantar surat tunjuk sebab berhubung pertuduhan terhadapnya itu.
Jawatankuasa Tata Tertib FAM yang bermesyuarat pada 27 Mac lepas memberi tempoh hingga Jumaat ini kepada Rajagobal untuk mengemukakan surat tunjuk sebab terhadap pertuduhan itu.
Jawatankuasa itu mendapati wujud kes terhadap Rajagobal yang menyentuh Artikel 88 Peraturan 2010-14 FAM, gara-gara beliau dilapor menyalahkan kehadiran penyerang import dalam Liga Malaysia sehingga mendakwa penyerang tempatan kurang menyengat ketika perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi pada 17 Mac lepas.
#Artikel 88 #Datuk K. Rajagobal #FAM #footbal #Persatuan Bola Sepak Malaysia
;