Rajagobal kekal fokus

Zulhelmi Zainal Azam
Mac 19, 2013 23:00 MYT
Ketua jurulatih skuad senior kebangsaan, Datuk K. Rajagobal kekal fokus menjelang perlawanan kedua kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Yaman, Jumaat ini.
Jelas Rajagobal, isu kontroversi yang dikaitkan ke atas dirinya kini diketepikan demi tugas kepada negara.
"Saya ada maruah untuk tugas saya jadi saya harap penyokong sama-sama memberi tumpuan bagi memberi sumbangan kepada pasukan negara untuk lawan Yaman nanti." katanya.
Rajagobal turut menempelak dakwaan itu sambil menegaskan ia disalah tafsirkan oleh akhbar terbabit.
"Saya hanya menjelaskan kita tidak mempunyai penyudah berbisa. Saya juga ada membuat rakaman berhubung kenyataan yang diberikan." tambahnya lagi.
Rajagobal mengulas laporan akhbar tempatan yang mendakwanya mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM membenarkan pemain import beraksi dalam Liga-M.
Ia juga merujuk sehingga skuad bimbingannya ketandusan penyerang berbisa ketika tewas kepada Arab Saudi 4-1 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.
#Datuk K. Rajagobal #Kelayakan Piala Asia 2015 #skuad kebangsaan
;