Rajagobal kecewa dengan mutu pengadilan
Astro Awani
Disember 14, 2012 08:32 MYT
Disember 14, 2012 08:32 MYT
Pengendali kebangsaan Datuk K.Rajagobal tidak menyembunyikan rasa kecewa terhadap mutu pengadilan pada aksi separuh akhir kedua dengan Thailand di Bangkok malam tadi.
Malaysia tersungkur apabila kalah 2-0 di Bangkok. Dalam aksi separuh akhir pertama, Malaysia terikat 1-1 dengan Thailand di Bukit Jalil.
Bagi Rajagobal, kehilangan Fadhli Shas merencatkan corak permainan Harimau Malaya.
Pengendali berusia 56 tahun ini juga berasa pengadil Korea Selatan Lee Min-Hu boleh memutuskan sama ada mahu perlawanan berjalan lancar atau berat sebelah.
Rajagobal turut mengakui Amar Rohidan yang kehilangan bola kepada Teerasil Dangda pada minit ke-60 menjejaskan moral pasukan.
Namun dia tidak menyalahkan pemain dari Perlis itu memandangkan keadaan padang juga tidak begitu baik.
Rajagobal juga berpuas hati dengan semangat juang anak buahnya. Kini fokus Rajagobal adalah kelayakan Piala Asia 2015 yang juga sasaran utamanya.