Raikkonen muncul juara F1 Australia

Astro Awani
Mac 17, 2013 10:26 MYT
Kimi Raikkonen muncul juara Grand Prix Formula one Australia di Melbourne.
Pelumba dari Finland yang memulakan perlumbaan di tempat ketujuh itu berjaya mengalahkan Fernando Alonso dan Sebastian Vettel yang menduduki tempat kedua dan ketiga.
“Saya percaya kereta saya agak bagus memandangkan ia berada dalam keadaan yang baik sepanjang minggu ini,” Raikkonen memberitahu AFP.
Alonso dan Vettel berada 12.4 saat dan 22.3 saat di belakang Raikkonen.
Rakan sepasukan Alonso, Felipe Massa dan Lewis Hamilton pula berjaya menduduki sekadar tempat keempat dan kelima manakala pelumba Redbull, Mark Webber di tangga keenam.
Perlumbaan seterusnya akan diadakan di Litar Sepang Malaysia pada hujung minggu depan.
#F1 #Kimi #Lewis Hamilton #raikonnen #vettel