Ragbi Piala Dunia: Georgia tewaskan Uruguay 33-7
Hasimi Muhamad
September 29, 2019 19:32 MYT
September 29, 2019 19:32 MYT
SELEPAS kemenangan bersejarah empat hari lalu, Uruguay nampaknya gagal mengekalkan rentak apabila tewas di tangan Georgia 7-33 dalam perlawanan Pool D Ragbi Piala Dunia di stadium ragbi Kumagaya, Jepun pada Ahad.
Pasukan bukan pilihan, yang mengejutkan Fiji 30-27 pada aksi pertama pada 25 September lalu hanya mengutip lima mata pada perlawanan menentang Georgia.
Sementara pasukan yang berada di ranking ke-11 dunia itu bermula lebih garang apabila terlebih dahulu melakukan try pada babak pertama.
Pemain berusia 31 tahun, Alexander Todua dan Otari Giorgadze berjaya menyumbang 10 mata selepas masing-masing menyempurnakan try pada minit ke lapan dan 29.
Tamat separuh masa pertama, Georgia mendahului Uruguay dengan mengumpul mata menerusi 2 try dan 1 conversion.
Memasuki babak kedua, Georgia terus mengasak Uruguay dengan beberapa try dilakukan pemain pasukan itu, sebelum conversion disempurnakan pemain muda mereka, Tedo Abzhandadze pada minit ke-58.
Babak terakhir menyaksikan Uruguay terpaksa akur selepas gagal melakukan sebarang try.
Perlawanan tamat dengan kedudukan 33-7.