Rafiq pamer aksi cemerlang, gondol emas
Astro Arena
Jun 9, 2015 18:00 MYT
Jun 9, 2015 18:00 MYT
Pemain boling muda negara, Rafiq Ismail pamer permulaan cemerlang lakar kejutan gondol emas acara individu lelaki dalam Sukan Sea kali ke-28, Singapura.
Skuad boling memulakan cabaran dengan menyaksikan 6 pemain dipertaruhkan Malaysia pada acara individu lelaki.
Antara pemain yang jadi tumpuan, Alex Liew, Adrian Ang dan Timmy Tan.
Namun kelibat Rafiq yang tampil kemas dalam setiap balingan lebih mencuri tumpuan. Rafiq merekodkan 1308 jatuhan pin secara keseluruhan untuk memastikan emas jadi miliknya.
Sementara wakil Thailand, Annop Arromsaranon terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, hanya dengan beza 3 jatuhan pin. Manakala pemain tuan rumah, Javier Tan pula sekadar di kedudukan gangsa.