Rafael Nadal rancang kemunculan semula di Terbuka Qatar
Bernama
Januari 23, 2024 05:15 MYT
Januari 23, 2024 05:15 MYT
DOHA: Bintang tenis Sepanyol Rafael Nadal berharap dapat kembali beraksi secara kompetitif pada kejohanan Tenis ATP di Doha tidak lama lagi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut penganjur pemain berusia 37 tahun itu berada dalam senarai penyertaan Terbuka ExxonMobil Qatar dari 19 hingga 24 Feb ini.
Pemenang 22 gelaran perseorangan Grand Slam yang bergelut dengan masalah pinggul, beraksi buat kali pertama selepas hampir 12 bulan semasa kejohanan Antarabangsa Brisbane pada awal Januari.
Bagaimanapun, beliau mengalami kecederaan otot pada peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Jordan Thompson dari Australia dan menarik diri daripada Terbuka Australia.
-- BERNAMA