Rafael Nadal kecam penganjur Jelajah ATP

Astro Awani
Februari 13, 2013 18:30 MYT
Pemain tenis Sepanyol, Rafael Nadal mengecam penganjur Jelajah ATP yang disifatkan tidak menjaga kebajikan pemain.
Menurut Nadal, ramai pemain mengalami kesulitan selepas menamatkan kerjaya masing-masing berikutan tidak mendapat bantuan ATP.
Nadal juga berpandangan, penambahan penggunaan gelanggang di atas permukaan keras memberikan impak yang besar terhadap pemain.
Ini kerana mereka lebih mudah mengalami kecederaan jangka panjang apabila beraksi di gelanggang berkenaan.
Pemain berusia 26 tahun ini sendiri baru pulih dari kecederaan lutut kiri yang memaksanya berehat hampir tujuh bulan.
Dia kini berada di Sao Paulo untuk menyertai Terbuka Brazil yang bermula minggu ini dimana kali terakhir Nadal memenangi pertandingan ini adalah pada 2005.
Kejohanan pertama yang disertai Nadal tahun ini adalah saingan Vina Del Mar di Chile minggu lalu.
#Jelajah ATP #Rafael Nadal #Vina del Mar
;