Qatar juarai Piala Asia buat pertama kali
Astro Awani
Februari 1, 2019 00:43 MYT
Februari 1, 2019 00:43 MYT
QATAR buat pertama kalinya muncul sebagai juara Piala Asia 2019 selepas menewaskan juara empat kali, Jepun, 3-1 di Stadium Zayed Sports City, Emiriah Arab Bersatu, malam tadi.
Gol pertama telah dijaringkan oleh penyerang Qatar, Almoez Ali pada minit ke-12, diikuti dengan gol kedua pada minit ke-27 oleh Abdulaziz Hatem.
Pada separuh masa kedua pula, Jepun cuba merapatkan jurang menerusi jaringan Takumi Minamino pada minit ke-69.
Namun, sepakan penalti yang diberikan pengadil kepada Qatar pada minit ke-83 yang disempurnakan oleh Akram Afif, meletakkan pasukan itu di kedudukan selesa dengan perbezaan dua gol.
Kejuaraan tersebut meneruskan momentum 'The Maroons' itu sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2022 nanti.
#Abdulaziz Hatem
#Akram Afif
#Almoez Ali
#Emiriah Arab Bersatu
#Piala Asia
#Piala Asia 2019
#Piala Dunia 2022
#Qatar
#Takumi Minamino