Qabil Ambak umpama Roger Federer! - Wan Zaleha

Firdaus Azil
Ogos 23, 2018 21:03 MYT
Qabil meraih pingat perak negara bagi acara dressage hari ini. - Gambar fail
"DIA ibarat (Roger) Federer!"
Itu pemerhatian bekas atlet ekuestrian dan selebriti TV, Wan Zaleha Radzi mengenai pencapaian atlet ekuestrian negara, Qabil Ambak di Sukan Asia 2018.
"Dia bersara sebentar kemudian 'comeback'. Maybe even better now, so it's remarkable. Great athlete," tambah Wan Zaleha.
BACA: Sukan Asia 2018: Qabil Ambak raih perak
Kembali dari persaraan selepas lapan tahun sebelum menyertai dan meraih pingat perak negara bagi acara dressage di Palembang hari ini.
Menurut Wan Zaleha, bukan mudah untuk menjadi penunggang terkemuka seperti atlet yang berusia 38 tahun itu.
"Bukan senang untuk menjadi seorang penunggang yang berbakat dan boleh mencapai pencapaian seperti mana Qabil sejak 20 tahun dahulu.
Ditanya sama ada benar sukan ekuestrian itu hanya untuk golongan elit semata-mata, ini jawapan Wan Zaleha:
"Kita kadang kala selalu mencari alasan sebelum kita mahu mencuba all the way. Ia tanggapan memang seperti itu kerana untuk berjaya dalam sukan ini kita perlu rakan sepasukan kita iaitu seekor kuda yang boleh membuat apa yang diperlukan pada tahap tinggi.
Tambah Wan Zaleha, berkuda bukan satu budaya di Malaysia sepertimana di Eropah atau di negara-negara barat. Maka seorang perlu bermula dari bawah dan belajar mengenali sukan itu.
"Ada banyak cara untuk berkecimpung dalam sukan ini dan menjadi top rider. Umpamanya, kalau di Eropah, you can start in a stable, bekerja di stable. Jadi, kita harus rela berkorban kalau benar-benar nak jadi seorang top rider.
"Kita harus mungkin ke Eropah dan bermula dari bawah, bekerja di stable, belajar tentang kuda.
If you are really really talented, somebody will sponsor you."
#dressage #persaraan #pingat perak #Qabil Ambak #Sukan Asia #Sukan Asia 2018 #Wan Zaleha Radzi
;