Puteri Thai, Sirivannavari Nariratana atlet ekuestrian paling anggun!

Gempak
Ogos 24, 2017 08:22 MYT
Puteri Sirivannavari, 30, pertama kali menyertai acara itu pada temasya sukan sama tahun 2013 di Myanmar.
SELAIN Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah, Temasya Sukan Sea ke-29 turut menyaksikan pembabitan puteri kerajaan Thailand, Puteri Sirivannavari Nariratana yang mengambil bahagian dalam acara ekuestrian semalam.
Puteri Sirivannavari, 30, pertama kali menyertai acara itu pada temasya sukan sama tahun 2013 di Myanmar.
Beberapa unit keselamatan seperti Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Bahagian Jenayah Berat (D9) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) itu turut digabungkan untuk menjaga keselamatan seorang puteri Raja Thailand ini.
BACA: Khairy dan Putera Mateen curi tumpuan wanita di padang polo ekuestrian
BACA: Walau kalah dengan KJ, Putera Mateen tetap menang di hati kaum Hawa
Dalam acara ekuestrian yang berlangsung petang semalam, beliau berjaya mengutip pingat perak untuk negaranya dan medal itu didedikasikan buat mendiang datuknya, Raja Bhumibol Adulyadej.
"Saya sangat gembira apabila dapat memeluk potret mendiang datuk saya dan mengalungkan pingat perak ini padanya.
"Biasanya beliau yang akan mengalungkan pingat pada leher saya namun ia tidak akan berlaku lagi. Susah untuk saya ungkapkannya," katanya kepada Bangkok Post semalam.
Berikut kami nyatakan beberapa fakta menarik tentang Puteri Sirivannavari Nariratana:
1) Puteri Sirivannavari tidak asing lagi dalam temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu apabila pernah memenangi pingat emas untuk negaranya pada tahun 2005 dan 2007.
2) Beliau merupakan puteri kepada Raja Vajiralongkorn dan sangat menggemari sukan dan seni.
3) Puteri kerajaan Thailand ini menduduki tangga kedua daripada 20 senarai VVIP paling bergaya oleh majalah Forbes.
4) Puteri ini seringkali hadir acara fesyen dunia, seperti Paris Fashion Week.
5) Puteri Sirivannavari terkenal dengan gaya busananya yang cantik dan warna berani.
6) Tak hanya itu, beliau juga mereka busananya sendiri yang ditampilkan di Bangkok Fashion Week pada tahun 2007 dan di Paris tahun 2008.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: The Bangkok Post, Tribune News
#Putera Abdul Mateen Bolkiah #Puteri Sirivannavari #Puteri Thailand #SEA Games #Sukan SEA
;