Purata umur 19 tahun bukan halangan untuk skuad wanita

Astro Arena
Februari 16, 2016 14:10 MYT
Juara remaja dunia Goh Jin Wei, 16, dijangka turun dalam aksi pertama menentang Hong Kong. - Gambar fail
MEMILIKI purata usia 19 tahun, empat perseorangan wanita negara di Kejohanan Berpasukan Asia di Hyderabad, India adalah antara yang paling muda.
Adakah mereka bersedia untuk menawarkan aksi yang mampu jadi kebanggaan Malaysia?
Paling muda dalam skuad negara sudah pasti juara remaja dunia Goh Jin Wei, 16, yang dijangka turun dalam aksi pertama menentang Hong Kong di samping Ho Yen Mei dan Lim Yin Fun.
Tekanan sudah pasti berbeza buat mereka berbanding skuad perseorangan lelaki memandagkan setiap mata yang diperoleh adalah lebih berharga dalam misi layak ke pusingan akhir Piala Uber.
"Sebelum tiba disini kami sedar kami mempunyai kekurangan dari segi kekuatan dan pengalaman tetapi saya tidak sabar mahu melibat bagaimanapun mereka pamer kematangan diatas gelanggang," jelas jurulatih perseorangan negara Wong Tat Meng.
Dalam keterujaan menyaksikan anak buahnya bakal turun dalam aksi kompetetif, Tat Meng sudah susun strategi mampu menidakkan Hong Kong bersama jurulatih beregu wanita Wong Pei Tty.
Strategi itu nyata mengharapkan kudrat beregu wanita sambil elemen tuah untuk salah seorang pemainnya.
"Saya yakin pemain akan turun memberikan segalanya.
"Kami memang bergantung kepada kategori beregu untuk mengutip mata dan berharap mampu mencuri mata dari kategori individu," tambah Tat Meng.
#badminton #goh jin wei #Hyderabad #Kejohanan Berpasukan Asia #perseorangan wanita negara
;