PUBG: Harapan wakil negara mungkin musnah dek masalah visa

Mariah Ahmad
Ogos 20, 2018 22:18 MYT
John Choo Teck Chuan dan Mun Yin Wai (dari kanan) merupakan duo daripada pasukan Awful Squad, yang akan bertanding di Kejohanan Dunia PUBG Broadcaster Royale pada 31 Ogos nanti.
Hasrat belia tempatan John Choo Teck Chuan untuk mewakili negara dalam kejohanan dunia e-sukan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) mungkin musnah selepas permohonan visanya ke Amerika Syarikat tidak diluluskan.
John yang berusia 35 tahun berkata permohonannya ditolak berdasarkan Seksyen 214 (b) Akta Imigresen dan Kerakyatan Amerika Syarikat kerana gagal untuk membuktikan dia mempunyai niat untuk meninggalkan Amerika Syarikat selepas sertai kejohanan itu.
“Impian musnah. Saya mengimpikan untuk mewakil negara sejak 17 tahun lalu namun apabila mendapat peluang, permohonan visa saya pula ditolak.
"Saya minta maaf kepada rakan sepasukan saya Yin Wai Mun dan kepada mereka yang telah memberikan sokongan kepada saya,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Menurut John, dia sedikit kecewa dengan keputusan permohonan visanya itu memandangkan segala kos penerbangan, penempatan dan urusan makan serta minum sepanjang kejohanan berlangsung di Seattle itu ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur.
Baru-baru ini, John bersama rakannya Yin Wai layak ke Grand Final kejohanan dunia Broadcaster Royale di Seattle Amerika Syarikat, yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM1.2 juta.
Mereka yang bernaung di bawah pasukan Awful Squad itu bakal bersaing dengan 79 pasukan terbaik dari seluruh dunia.
Jelas John, dia tidak mahu berputus asa dan akan mencuba untuk memohon sekali lagi permohonan visa tersebut pada Khamis ini.
Jika diluluskan, dia akan ke Seattle pada 29 Ogos hingga 3 September nanti.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim berkata pihaknya mengambil maklum mengenai perkara itu dan akan berhubung sendiri dengan pemain PUBG tersebut.
“Kami sudah mendapatkan maklumat untuk menghubungi John dan kami akan mencari jalan untuk membantu,” katanya dalam satu catatan tweet kepada Astro AWANI.

We have gotten John's contact,will speak to him and find out how to assist. https://t.co/dzMchD8lyb

— Steven Sim (@scheekeong) August 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini bukan pertama kali atlet e-sukan berdepan dengan masalah visa.
Pada 2014, pasukan Dota 2 Malaysia Arrow Gaming, turut berdepan dengan isu yang sama untuk ke kejohanan dunia yang berprestij, The International (TI).
Bagaimanapun isu tersebut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Isu tersebut kemudiannya selesai apabila permohonan visa pasukan Arrow Gaming lulus selepas menghadiri temu duga yang kedua.

[#Esukan / Masalah Visa] Menurut @Khairykj, @KBSMalaysia pada ketika itu akan berikan yang terbaik untuk membantu memudahkan urusan Arrow Gaming untuk mewakili Malaysia ke kejohanan dunia. @SyedSaddiq @scheekeong https://t.co/uJrLD7llwf

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

[#Esukan / Masalah Visa] Selepas mendapat bantuan daripada @KBSMalaysia pada ketika itu, permohonan visa pasukan Arrow Gaming diluluskan dan mereka dapat beraksi ke kejohanan dunia, The International. @SyedSaddiq @scheekeonghttps://t.co/IFCgsW79kt

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#John Choo Teck Chuan #PlayerUnknown's BattlegroundsPlayerUnknowns Battlegrounds #pubg #siupakchoi
;