PSG gantung Lionel Messi dua minggu kerana ke Arab Saudi tanpa izin
Agensi
Mei 3, 2023 09:00 MYT
Mei 3, 2023 09:00 MYT
PARIS: Kelab Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan tidak akan memperbaharui kontrak pemainnya, Lionel Messi susulan lawatan kontroversi bintang bola sepak itu ke Arab Saudi baru-baru ini.
Media antarabangsa melaporkan, pengurusan PSG tidak senang dengan keputusan Messi dan beberapa pemain lain yang mengambil bahagian dalam lawatan tersebut
Kontrak Messi dengan PSG akan tamat pada musim panas ini dan kelab berkenaan dikatakan tidak akan memperbaharuinya.
Menurut laporan harian sukan Perancis, L’Equipe, Messi, 35, juga telah digantung permainan selama dua minggu kerana Messi seharusnya berlatih bersama pasukannya setelah kekalahan 3-1 di gelanggang sendiri menentang Lorient di Ligue 1 pada hari Ahad.
Bagaimanapun, dia membuat keputusan terbang ke Arab Saudi.
Selain digantung permainan selama dua minggu, pemenang Piala Dunia Argentina itu juga dilarang bermain atau berlatih bersama pasukan selain gajinya akan dipotong semasa tempoh penggantungan itu.