Program podium: "Jangan paksa atlet untuk setuju"
Astro Arena
Februari 12, 2016 21:29 MYT
Februari 12, 2016 21:29 MYT
"Jangan paksa atlet untuk setuju."
Itu pandangan penganalisis sukan, Dr Mohamad Faithal Hassan mengenai tindakan beberapa atlet termasuk jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei yang masih belum menandatangani kontrak program podium.
Kelewatan atlet menyertai program podium petanda wujud kepincangan dalam sistem itu.
Selain Chong Wei, antara yang masih belum menandatangani kontrak ialah atlet olahraga paralimpik negara, Siti Nur Iasah Mohamad Ariffin.
Jika tidak menyertai program podium, atlet akan digugurkan terus daripada program sukan kebangsaan dan Mohamad Faithal berpendapat ia akan merugikan negara.
"Jika berlaku paksaan, akan ada gangguan psikologi kepada mereka, pihak yang bertanggungjawab perlu menerangkan secara jelas mengenai program podium ini," katanya.
Program podium menelan kos RM75 juta setahun dan dianggap antara yang terbaik pernah dicipta pakar sukan dunia.
Misi utamanya adalah untuk membantu Malaysia raih pingat emas sulung di Sukan Olimpik Tokyo 2020.