KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak kebangsaan Datuk Santokh Singh meluahkan rasa kecewa dengan prestasi yang ditonjolkan barisan pemain naturalisasi negara dalam dua aksi persahabatan antarabangsa baru-baru ini yang menyaksikan keputusan tidak memihak kepada skuad Harimau Malaya.
Bekas tonggak pertahanan Selangor itu juga turut mempersoal keperluan mengambil pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan, yang menurutnya tidak memberikan impak besar kepada prestasi keseluruhan pasukan.
"Mereka kalah 0-2 (kepada Bahrain), jadi apa perlunya bawa masuk pemain naturalisasi untuk bermain? Dulu tanpa pemain naturalisasi pun Malaysia boleh layak ke Sukan Olimpik. Sekarang bawa mereka (pemain naturalisasi) pun tidak boleh bantu catat kemenangan.
"Saya tidak marah pada mana-mana pihak, tetapi saya marah kenapa mereka (pemain naturalisasi) tidak dapat beraksi seperti di Liga Super yang menyaksikan mereka berjaya memikat hati untuk dinaturalisasikan. Bermainlah demi rasa cinta kepada negara," katanya kepada Bernama hari ini.
Santokh, 68, yang merupakan antara watak penting dalam kejayaan skuad negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 (kemudian menarik diri sebagai membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan), mengakui beliau tidak menggemari idea pengambilan pemain naturalisasi beraksi dalam skuad kebangsaan kerana memikirkan peluang dan nasib pemain tempatan.
"Apakah yang akan terjadi kepada pemain-pemain tempatan kita yang berlatih bersungguh-sungguh untuk menyarung jersi negara? Untuk siapa mereka nak bermain lagi kalau bukan pasukan negara," katanya,
Skuad kendalian ketua jurulatih Tan Cheng Hoe tewas 1-4 kepada Kuwait dalam aksi pemanas badan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Ahad lepas sebelum tunduk 0-2 kepada Bahrain dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bahrain, Riffa, semalam.
Bagaimanapun, pemain naturalisasi terbaharu negara iaitu anak kelahiran Brazil, Guilherme De Paula, 34, berjaya mencatat nama sebagai penjaring ketika pertama kali menyarung jersi kebangsaan pada aksi menentang Kuwait.
Dua perlawanan tersebut diadakan sebelum Malaysia memulakan kempen saingan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang UAE pada Khamis ini di Stadium Zabeel, Dubai.
Cheng Hoe menyenaraikan ketiga-tiga pemain naturalisasi negara - pemain tengah Newcastle Jets Liridon Krasniqi, pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohamadou Sumareh dan De Paula (JDT) - dalam senarai 25 pemain skuad negara pada kempen kelayakan kali ini.
Sementara itu, seorang lagi legenda bola sepak negara Khalid Ali berkata perbezaan prestasi di antara skuad kebangsaan dan dua pasukan lawan disebabkan oleh jumlah perlawanan yang telah diharungi oleh ketiga-tiga pasukan sejak penularan pandemik pada COVID-19 awal tahun lalu.
Beliau berkata skuad negara yang tidak mempunyai aksi perlawanan sejak November 2019 itu dilihat bergelut untuk mencapai tahap prestasi terbaik dalam setiap perlawanan dan daripada dua perlawanan berkenaan, banyak yang boleh dipelajari dan diperbaiki.
"Banyak kita boleh belajar dalam dua perlawanan itu dan satu daripadanya ialah kekurangan dari segi hilang penguasaan bola selain mudah 'off position'. Kesilapan lebih jelas mudah berlaku selepas memasuki minit ke-60 permainan dan ini hanya disebabkan kurang kecergasan," katanya.
Bekas penyerang prolifik skuad negara dalam kempen Kelayakan Sukan Olimpik Moscow 1980 itu juga menggesa kelemahan itu segera dibaiki supaya tampil lebih bersedia ketika turun menentang UAE dalam misi meraih kemenangan.
Selepas aksi menentang pasukan UAE bimbingan pengendali Belanda Bert van Marwijk, skuad kebangsaan akan menamatkan baki saingan Kumpulan G kempen kelayakan itu berdepan Vietnam dan Thailand, masing-masing pada 11 dan 15 Jun di Dubai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021

Santokh bertanya, apakah yang akan terjadi kepada pemain-pemain tempatan kita yang berlatih bersungguh-sungguh untuk menyarung jersi negara? - Bernama
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch

Jangan fikirlah tentang Piala Dunia, ia mustahil! - Santokh Singh
Peringkat Asia Tenggara pun kita tak mampu kuasai secara konsisten, inikan pula bermimpi tentang bersaing di temasya terhebat bola sepak dunia.

Hari Bola Sepak Akar Umbi secara tahunan - FAM
Persatuan Bola sepak Malaysia berhasrat menganjurkan Hari Bola sepak Akar Umbi secara tahunan, kata setiausaha agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

FAM perlu diterajui individu berpengetahuan luas dalam bola sepak
Datuk Santokh Singh menegaskan ia penting bagi memastikan badan induk itu dapat menjalankan peranannya dengan lebih berkesan.

Dokumentari 'Harimau Malaya 1980' ke udara pada Hari Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata walaupun berlaku 36 tahun lalu, ia masih releven dan menjadi sumber inspirasi kepada generasi masa akan datang.

Ola Bola: Erti tarikh keramat 6 April 1980 buat Santokh Singh dan Bakri Ibni
Kejayaan Malaysia ke Olimpik Moscow 1980 sememangnya satu nostalgia kegemilangan, bagi Datuk Satokh Singh dan Bakri Ibni apabila menonton filem, Ola Bola.

Pemergian mendiang Choon Wah tiada galang ganti - Rakan
Pemergian bekas pemain bola sepak negara era 70-an, Wong Choon Wah disifatkan sebagai satu kehilangan yang tidak galang ganti, demikian menurut beberapa rakan sepasukan mendiang.