Prestasi liga Chong Wei tidak bimbangkan Frost

Astro Arena
Januari 8, 2016 17:02 MYT
Frost menyifatkan perlawanan liga bukan penanda yang wajar untuk menilai prestasi pemain No. 5 dunia itu. - Gambar Astro ARENA
SUSULAN kekalahan kedua berturut-turut Datuk Lee Chong Wei dalam saingan Liga Perdana India (IBPL), Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost kekal berpandangan tidak ada apa perlu digusarkan mengenai prestasi ikon badminton negara itu.
Chong Wei bukan sahaja beraksi dalam saingan Liga Perdana India, malah menjadikan Purple League sebagai medan pemanas badan.
Namun, dua kekalahan Chong Wei dalam IBPL mungkin timbul memandangkan peranan Chong Wei sebagai tonggak kapten Piala Thomas selain misinya memburu emas Sukan Olimpik.
Frost menyifatkan perlawanan liga bukan penanda yang wajar untuk menilai prestasi pemain No. 5 dunia itu.
"Saya tidak risau dengan prestasinya dalam perlawanan liga kerana saya percaya Chong Wei kerap pamer aksi membanggakan dalam saingan kejohanan besar dimana impaknya lebih besar,"
"Bagi saya, perbezaannya amat ketara kerana ia mampu beri impak kepada keudukan ranking dunia Chong Wei," kata Frost.
Aksi kompetitif skuad negara akan bermula pada pertengahan Januari ini di Masters Malaysia yang akan dianjurkan di Pulau Pinang.
#Lee Chong Wei #Liga Perdana India #morten frost #Piala Thomas
;