Presiden Pafa umum letak jawatan

Abd Razak Mohd Ali
November 8, 2018 19:37 MYT
Hasnul mahu tumpu tugas sebagai Exco kerajaan negeri Perak. - Gambar fail
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang dipalit kontroversi berhubung Piala Malaysia, mengumumkan perletakan jawatan hari ini.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat untuk memberi tumpuan kepada tugas sebagai Exco kerajaan negeri Perak.
Beliau berkata, keputusan itu bukan disebabkan oleh tekanan daripada mana-mana pihak.
“Namun saya tidak menafikan keputusan ini juga serba sedikit disebabkan desakan daripada penyokong,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pafa di sini, hari ini.
Menurut Hasnul, beliau akan menyerahkan surat rasmi perletakan jawatan itu dalam masa terdekat.
BACA: Presiden Pafa tidak berganjak walaupun didesak letak jawatan
BACA: MB Perak percaya Presiden Pafa akan buat keputusan tepat
#bola sepak #Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim #letak jawatan #Perak #presiden pafa
;