Presiden FIFA, Infantino dijangkiti COVID-19

Hafizi Rosli
Oktober 28, 2020 14:07 MYT
Infantino, 50, hanya mempunyai gejala ringan dan akan menjalani proses pengasingan selama 10 hari. - Gambar fail/https://img.fifa.com
PRESIDEN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino dijangkiti COVID-19.
Ia diumumkan badan induk itu pada Selasa.
Infantino, 50, hanya mempunyai gejala ringan dan akan menjalani proses pengasingan selama 10 hari.
"Semua individu yang mempnyai kontak rapat dengan Infantino sejak beberapa hari lalu sudah dimaklumkan mengenainya. Mereka diminta untuk mengambil tindakan susulan," kata FIFA dalam satu kenyataannya.
Kemunculan terakhir Infantino di tempat awam adalah di Sidang Kemuncak Pematuhan FIFA berakhir pada 16 Oktober lalu dan semua peserta hadir menerusi persidangan video.
Terdahulu, beberapa pemain bola sepak terkemuka turut dijangkiti COVID-19 termasuk Cristiano Ronaldo.
#FIFA #COVID-19 #bola sepak #presiden #Cristiano Ronaldo #Gianni Infantino
;