Presiden bola sepak China disiasat, disyaki terlibat rasuah
Bernama
Februari 15, 2023 19:23 MYT
Februari 15, 2023 19:23 MYT
BEIJING: Presiden Persatuan Bola Sepak China (CFA), Chen Xuyuan kini disiasat kerana disyaki melakukan "kesalahan disiplin yang serius," kata CFA pada Rabu.
Dalam satu kenyataan ringkas tiada butiran lanjut mengenai kesalahan itu tetapi ia berkemungkinan berkaitan rasuah, lapor Agensi Akhbar Jerman dpa.
"Chen Xuyuan, pengerusi Persatuan Bola Sepak China dan timbalan setiausaha Jawatankuasa Parti, disyaki melakukan pelanggaran disiplin yang serius dan kini disiasat oleh agensi yang berkaitan...," menurut kenyataan dalam bahasa Cina yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris.
Tidak dapat dipastikan jelas sama ada Chen telah ditahan.
Dakwaan itu dilihat sebagai satu lagi tamparan buat arena bola sepak China.
Pasukan bola sepak lelaki negara itu yang setakat ini hanya layak sekali ke kancah Piala Dunia, sering terpalit dengan dakwaan rasuah.
Ini termasuk Li Tie, bekas pemain Everton dan jurulatih sementara pasukan kebangsaan yang disiasat sejak November lepas kerana disyaki "melanggar disiplin dan undang-undang". - BERNAMA