Presiden Argentina gesa pencarian Sala diteruskan
Astro Awani
Januari 26, 2019 10:00 MYT
Januari 26, 2019 10:00 MYT
PRESIDEN Argentina menggesa pihak berkuasa meneruskan operasi mencari dan menyelamat pemain bola sepak Cardiff City, Emiliano Sala.
Mauricio Macri mengarahkan Menteri Luar Argentina Jorge Faurie membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Britain dan Perancis untuk meneruskan pencarian itu.
Faurie dijangka membuat permohonan rasmi itu kepada kedutaan kedua-dua negara, menurut pejabat presiden dalam satu kenyataan.
Pesawat jenis Piper FA-46 Malibu itu hilang pada Isnin malam.
Operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada Khamis, selepas tiga hari susulan pasukan penyelamat gagal mengesan keberadaan pesawat malang itu.
Ketika kejadian, Sala, 28 tahun, dan juruterbang David Ibbotson, 59 tahun, berlepas dari Perancis ke Cardiff namun pesawat dinaiki mereka hilang daripada radar semasa berada di Selat Inggeris.