Powerlifting Para Piala Dunia: Bonnie rangkul emas

Astro Arena
Februari 10, 2019 21:37 MYT
Atlet kelahiran Sarawak itu berjaya dengan angkatan 190 kilogram (kg) untuk jauh meninggalkan pemenang pingat perak, Heleno Victor Silva, dari Brazil (115kg). - Foto Bernama
ATLET para negara, Bonnie Bunyau, mencipta cerita gemilang di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila meraih pingat emas dalam kategori remaja lelaki sehingga 65kg dalam Kejohanan Powerlifting Para Piala Dunia, malam tadi.
Atlet kelahiran Sarawak itu berjaya dengan angkatan 190 kilogram (kg) untuk jauh meninggalkan pemenang pingat perak, Heleno Victor Silva, dari Brazil (115kg) manakala gangsa pula dimenangi Beom Jo-seo dari Korea Selatan dengan catatan 98kg.
Bonnie hampir menambah pingat emas keduanya dalam kategori senior, namun dibezakan hanya 1kg dengan pemenang pingat emas dari Algeria, Hocine Bettir.
Atlet Jordan, Mohammad Tarbash, pula berpuas hati meraih gangsa kategori berkenaan dengan angkatan 181kg.
Bonnie sebelum ini mengharumkan nama negara dalam Sukan Para Asia 2018 apabila meraih perak bagi kategori lelaki hingga 65kg dengan angkatan seberat 205kg.
#Bonnie Bunyau #Emiriah Arab Bersatu #Piala Dunia #Powerlifting Para Piala Dunia #sukan Para #UAE
;