Powerlifting: Emas keenam buat Van Cong
Astro Arena
September 18, 2017 23:27 MYT
September 18, 2017 23:27 MYT
ATLET angkat berat, Lee Van Cong, meraih pingat emas Sukan Para ASEAN keenam berturut-turut sejak penampilan sulungnya pada 2007 dengan angkatan 181kg bagi kategori 49kg lelaki di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.
Atlet berusia 33 tahun itu mula beraksi dalam acara powerlifting pada usia 22 tahun dan 10 tahun kemudian memenangi pingat emas di Paralimpik Rio, dan juga memperbaharui rekod kejohanan dengan memadam catatan 178kg yang dibuat di Singapura dua tahun lalu.
Wakil Laos, Pia meraih pingat perak dengan angkatan 130kg manakala rakan senegaranya, Siman Eay, mendapat gangsa (114kg).
“Saya amat gembira dengan pencapaian saya memenangi emas keenam dalam Sukan Para. Ini saat yang amat menggembirakan bagi saya bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Mexico pada 29 September ini,” kata Van Cong.