Pot undian bagi Piala Dunia sudah lengkap

Ian Johan Ariff
November 16, 2017 17:58 MYT
Juara dunia, Jerman menjulang Piala Dunia yang dimenangi pada 2014 di Brazil. Jerman diletakkan dalam pot satu bagi undian Piala Dunia 2018. Gambar fail/AP.
Pot (bekas) undian bagi Piala Dunia di Rusia tahun depan sudahpun diketahui selepas Peru melengkapkan senarai 32 pasukan yang akan bersaing di temasya itu.
Pasukan-pasukan diletakkan ke dalam pot satu hingga empat berdasarkan ranking FIFA yang dikeluarkan bulan lepas.
Setiap pot mengandungi lapan pasukan untuk membentuk lapan kumpulan dalam peringkat kumpulan kejohanan Piala Dunia.
Tujuh pasukan yang mempunyai ranking tertinggi FIFA diletakkan dalam pot satu bersama tuan rumah, Rusia (ranking ke-65 dunia).
Pasukan lain disusun mengikut turutan ranking dalam pot kedua, ketiga dan keempat.
Berbanding dengan edisi terdahulu, pot dua hingga empat ditentukan oleh persekutuan benua yang diwakili masing-masing.
Pasukan dalam pot yang sama tidak akan diundi dalam yang sama.
Sebagai contoh, juara dunia, Jerman tidak akan diundi bersama Brazil di peringkat kumpulan kerana kedua-dua pasukan berada dalam pot satu.
Bagaimanapun Jerman kemungkinan diundi bersama Sepanyol, Sweden dan Serbia yang berada dalam pot yang lain.
Undian bagi Piala Dunia ini akan diadakan pada 1 Disember di Moscow.
Piala Dunia FIFA Rusia 2018 akan bermula 14 Jun 2018.
Undian Piala Dunia Rusia 2018
Kedudukan ditentukan berdasarkan ranking pasukan yang dikeluarkan FIFA bulan lepas
Pot 1: Rusia, Jerman, Brazil, Portugal, Argentina, Belgium, Poland, Perancis
Pot 2: Sepanyol, Peru, Switzerland, England, Colombia, Mexico, Uruguay, Croatia
Pot 3: Denmark, Iceland, Costa Rica, Sweden, Tunisia, Mesir, Senegal, Iran
Pot 4: Serbia, Nigeria, Australia, Jepun, Maghribi, Panama, Korea Selatan, Arab Saudi
#Brazil #FIFA #Jerman #Moscow #Piala Dunia #POT #ranking #Rusia #Rusia 2018 #sepanyol #Serbia #Sweden
;