Poland pecat Santos

Sinar Harian
September 14, 2023 10:10 MYT
Selepas kekalahan kepada Albania di Tirana pada Ahad, Santos (gambar) berkata, beliau tidak mempertimbangkan untuk meletak jawatan. (Foto AP)
POLAND memecat jurulatihnya, Fernando Santos selepas kekalahan 0-2 kepada Albania yang menyebabkan mereka bergelut untuk layak ke Euro 2024.
Santos, yang memenangi Euro 2016 bersama Portugal telah mengendalikan Poland sejak Januari selepas menggantikan Czeslaw Michniewicz yang dipecat berikutan penyingkiran di pusingan 16 terakhir Piala Dunia Qatar.
Selepas kekalahan kepada Albania di Tirana pada Ahad, Santos berkata, beliau tidak mempertimbangkan untuk meletak jawatan.
“Pemilihan pengurus baharu kini menjadi keutamaan kepada lembaga pengarah Persatuan Bola Sepak Poland (PZPN).
"Kami akan mengumumkan tidak lama lagi mengenai pelantikan jurulatih baharu,” kata Presiden PZPN Cezary Kulesza dalam satu kenyataan.
Poland berada di tempat keempat dalam Kumpulan E dengan enam mata daripada lima perlawanan.
Selepas ini, mereka akan menentang Kepulauan Faroe pada Oktober diikuti dengan perlawanan di tempat sendiri menentang Moldova. - Sinar Harian
#Fernando Santos #poland #Euro 2024 #Poland pecat jurulatih
;