Pogba tidak sedia, McTominay mungkin diketepikan sebulan

Astro Arena
Disember 29, 2019 12:08 MYT
Scott McTominay dan Paul Pogba ketika sesi latihan di Stadium Molineux, Wolverhampton, Britain, 19 Ogos, 2019. REUTERS/Fail
PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, berkata Paul Pogba tidak bersedia untuk berdepan Burnley selepas anak buahnya menang 2-0, awal pagi tadi.
Bintang United, Pogba, tidak disenaraikan dalam skuad ketika United menewaskan Burnley di Turf Moor untuk hanya satu mata ketinggalan berbanding kelompok empat teratas.
Pogba beraksi buat kali pertama dalam tempoh tiga bulan sewaktu United dimalukan Watford 2-0 minggu lalu dan dia sekali lagi tampil selaku pemain gantian ketika The Red Devils menewaskan Newcastle United 4-1 di laman sendiri ketika sambutan 'Boxing Day'.
Namun, pemain tengah Perancis itu tidak menyertai skuad yang berkunjung ke Burnley dan Solskjaer menjelaskan: "Dia melalui 45 minit tetapi diketepikan kerana tidak berasa sesuai untuk beraksi.
"Apabila anda tidak beraksi dalam tempoh yang lama, masa diperlukan untuk 100 peratus kembali ke prestasi asal. Dia memerlukan beberapa hari untuk pemulihan."
United turut berdepan Burnley tanpa Scott McTominay tatkala Solskjaer menggandingkan Fred dengan pemain yang jarang diturunkan, Nemanja Matic.
McTominay terpaksa dibawa keluar ketika menentang Newcastle selepas mengalami kecederaan lutut dan pemain Scotland itu bakal diketepikan sehingga sebulan.
"Saya tidak jangkakan McTominay akan kembali dalam beberapa minggu," tambah Solskjaer.
"Bukan dalam beberapa minggu, saya tidak fikir semua akan lihatnya kembali. Jadi, ia lebih daripada itu.
"Namun, dia telah membuktikan sebelum ini, tiga minggu diberi tetapi dia kembali selepas dua minggu. Saya tidak tahu, ia tiga atau empat minggu. Sebelum ini pernah berlaku tetapi kami menemui cara untuk menyelesaikannya."
#Burnley #Manchester United #Ole Gunnar Solskjaer #Paul Pogba #Scott McTominay
;