Pogba tidak akan dijual - Solksjaer

Astro Awani
Disember 21, 2019 00:38 MYT
Ole Gunnar Solskjaer berjabat tangan dengan Paul Pogba selepas perlawanan EPL antara Manchester United dan Cardiff City di Old Trafford, Manchester, Britain, 12 Mei, 2019. REUTERS/Fail
PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menafikan spekulasi kelab itu berhasrat untuk menjual Paul Pogba pada Januari.
Solsjaer juga menafikan beliau ada bertemu penyerang Red Bull, Salzburg Erling Haaland, pada Jumaat.
Ketika ini, Pogba sudah lama tidak beraksi gara-gara kecederaan.
Dia juga dijangka tidak diturunkan dalam aksi menentang Watford Ahad ini.
Pemain itu sebelum ini membuat kenyataan mahukan cabaran baru, mengundang khabar berkenaan perpindahannya.
Sementara itu, ejen Pogba, Mino Raiola menegaskan kliennya itu masih mahu bersama Manchester United.
#cedera #Manchester United #Mino Raiola #Ole Gunnar Solskjaer #Paul Pogba #perpindahan #Salzburg Erling Haaland