Pochettino sanjung Messi selepas ledak gol sulung bersama PSG
Astro Arena
September 29, 2021 09:59 MYT
September 29, 2021 09:59 MYT
KETUA jurulatih Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino, berkata tiada keraguan Lionel Messi adalah pemain terbaik dunia selepas menjaringkan gol pertama buat gergasi Perancis itu dalam kemenangan ke atas Manchester City.
PSG mengatasi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) City 2-0 di Parc des Princes, dengan Idrissa Gueye membuka jaringan pada minit kelapan sebelum Messi melengkapkan kemenangan menerusi percubaan pada minit ke-74 hasil rembatan kencang yang gagal dicapai penjaga gol, Ederson.
Ia merupakan gol pertama Messi bersama PSG dalam penampilan keempat sejak berhijrah dari kelab LaLiga Barcelona dengan perpindahan percuma.
Messi telah menjaringkan lebih banyak gol dalam saingan Liga Juara-Juara bertemu City (tujuh) berbanding mana-mana pemain, manakala tujuh gol ke atas kelab yang dikendalikan Pep Guardiola (dua daripadanya bertemu Bayern Munich, lima bertemu City).
Sementara itu, Messi telah menjaringkan 27 gol UCL ke atas kelab Inggeris -- lebih 15 gol berbanding mana-mana pemain. Hanya Cristiano Ronaldo menjaringkan lebih gol ke atas lawan dari satu negara yang spesifik (28, ke atas kelab Jerman German teams) dalam sejarah pertandingan.
"Saya berasakan cukup menakjubkan, persembahannya," kata Pochettino kepada BT Sport. "Dan dia menjaringkan gol yang cukup menakjubkan.
"Dia telah pemain terbaik dunia, tiada keraguan lagi. Sememangnya, saya cukup gembira menyaksikan dia beraksi.
"Dia dan seluruh pasukan berusaha mendapatkan kemenangan. Bukan mudah kerana City mungkin salah satu pasukan terbaik dunia, itu sebab kami sangat gembira."