PM ucap tahniah kepada skuad Kim Swee

Raja Hisyam Raja Zaid
Januari 17, 2018 09:59 MYT
PM Najib rakam ucapan tahniah kepada skuad bola sepak bawah 23 tahun negara itu. - Gambar fail
Kejayaan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee mara ke peringkat suku akhir malam tadi selepas menundukkan Arab Saudi 1-0 dalam saingan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di Stadium Kunshan, China,disambut dengan ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri dalam satu entri terbaharunya menzahirkan rasa bangga serta merakamkan ucapan tahniah kepada skuad bawah 23 tahun negara itu.

Syabas #HarimauMalaya B-23 berjaya tundukkan Arab Saudi untuk ke suku akhir #AFCU23 ! #Negaraku #Kebanggaanku

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi Danial Amier Norhisham muncul wira dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan membolehkan skuad negara berada di kedudukan naib juara kumpulan C di belakang Iraq sekali gus layak beraksi di suku akhir.
Bagaimanapun laluan skuad negara di suku akhir nanti nyata bukan mudah apabila bakal berdepan dengan pasukan gergasi yang menjuarai kumpulan D iaitu antara Korea Selatan, Vietnam, Australia dan Syria.
#Arab Saudi #Asia #Australia #bola sepak #China #Iraq #Korea #Korea Selatan #Korea Utara #MARA #menteri #Najib Razak #Ong Kim Swee #Perdana Menteri #SYABAS #Syria #Vietnam
;