PM ucap tahniah kejayaan beregu lelaki badminton mara ke final
Bernama
Ogos 16, 2016 23:42 MYT
Ogos 16, 2016 23:42 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengucapkan tahniah kepada beregu badminton lelaki negara kerana mengharumkan Malaysia dengan mara ke peringkat akhir Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil.
"Beregu kita Tan Wee Kiong & Goh Wei Shem merempuh ke final ! Tahniah ! #RioOlympics2016 #KitaTeamMalaysia," katanya menerusi akaun Twitternya @NajibRazak.
Beregu Malaysia itu mara ke peringkat akhir selepas menewaskan beregu China, Chai Biao dan Hong Wei, 21-18, 12-21, 21-17, malam ini.
Regu Malaysia itu akan berdepan pasukan sama ada dari China atau Great Britain.
Dengan kemenangan malam ini, sekurang-kurangnya pingat perak kini dalam genggaman Malaysia.