PM ucap tahniah Aaron-Wooi Yik juara pertama Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia

Bernama
Ogos 28, 2022 17:36 MYT
Ismail Sabri berkata kejayaan itu merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022, tidak lama lagi. - Gambar/ FB Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana berjaya melakar sejarah baharu sukan negara selepas menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun hari ini.
Ismail Sabri berkata kejayaan itu merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022, tidak lama lagi.
"Satu lakaran sejarah baharu buat sukan badminton negara.Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kerana muncul sebagai pemain badminton negara yang pertama memenangi Kejohanan Badminton Dunia," kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman sosial Facebook rasminya, hari ini.
Pada aksi final berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu, pasangan beregu itu menundukkan bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit.
Kejohanan Dunia | Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini bergelar juara dunia
#beregu negara #Aaron-Wooi Yik #Kejohanan Badminton Dunia #Perdana Menteri
;