PM Najib ucap tahniah kepada Kedah juarai Piala FA

Madiha Abdullah
Mei 21, 2017 11:33 MYT
Perdana Menteri dalam kemaskini status di Twitter, mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah yang menjuarai Piala FA 2017 selepas menewaskan Pahang pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Biarpun jauh di Riyadh, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya tidak ketinggalan mengikuti perkembangan bola sepak tempatan.
Beliau dalam kemaskini status di Twitter, mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah yang menjuarai Piala FA 2017 selepas menewaskan Pahang pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Dalam masa yang sama, beliau memuji persembahan pemain negeri kelahirannya, Pahang yang telah memberi tentangan sengit dalam perlawanan itu.
Beliau juga berharap skuad Tok Gajah tidak berputus asa dan berusaha untuk mengejar kejuaraan yang lain pula.
"Saya di Riyadh tapi dengar perlawanan semalam sangat menarik, tahniah Kedah juara #PialaFA2017! Kepada Pahang, kalah menang adat permainan, cuba lagi tahun depan," tulis beliau di Twitternya hari ini.

Sy di Riyadh tp dgr perlawanan smlm sgt menarik, tahniah Kedah juara #PialaFA2017! Kpd Pahang, kalah menang adat prmainan, cuba lagi thn dpn

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perdana Menteri tiba di Riyadh semalam bagi memulakan lawatan kerja tiga hari, termasuk menghadiri Sidang Kemuncak bersama pemimpin Islam dunia dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, pada Ahad.
Kedah muncul juara Piala FA buat kali keempat selepas menewaskan Pahang 3-2 pada aksi final penuh dramatik malam tadi.
#bola sepak #Kedah #Najib Razak #Pahang #Perdana Menteri #Piala FA #Twitter
;