Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kontinjen negara ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil yang telah mencatatkan pencapaian terbaik Malaysia setakat ini.
Dalam catatan terbaharunya di laman NajibRazak.com pada Selasa, Datuk Seri Najib berkata kejayaan membawa pulang empat pingat perak dan satu pingat gangsa itu merupakan sebahagian daripada kisah kecekalan yang perlu rakyat teladani.
"Olimpik Rio mencatatkan pencapaian terbaik Malaysia setakat ini. Lima pingat yang dibawa pulang Datuk Lee Chong Wei, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong dan Azizulhasni Awang daripada edisi Olimpik kali ini hasil keazaman dan kedahagaan untuk mengecapi kejayaan sepanjang karier mereka.
"Perjalanan mereka bukan mudah. Azizulhasni dan Goh Liu Ying bangkit daripada kecederaan fizikal yang serius tidak lama dahulu.
Gabungan Tan Wee Kiong dan Goh V Shem memeranjatkan kita semua, bangkit melawan nama-nama besar sukan badminton di peringkat dunia," kata beliau lagi.
Perdana Menteri berkata walaupun Malaysia hanya memiliki kontinjen yang kecil namun semangat juang mereka tiada tolok bandingnya demi menjulang nama Malaysia di pentas dunia.
Datuk Seri Najib berkata atlet Malaysia tidak harus mempunyai perasaan sedih atau kecewa dengan apa jua pencapaian di Rio kerana mereka bukan sahaja telah mengharumkan nama negara malah berjaya menyatupadukan lebih 30 juta rakyat Malaysia.
"Pulanglah ke tanah air dengan perasaan yang bangga. Anda semua wira di hati kami!" kata beliau lagi.
Dalam itu, Datuk Seri Najib berkata sudah tiba masanya atlet-atlet muda Malaysia menggandakan usaha dan memberi fokus bagi mengembangkan potensi sedia ada.
"Barisan atlet pelapis ini perlu bersedia dengan latihan dan displin diri yang cemerlang.
"Jadikan kisah atlet kita di Olimpik Rio sebagai pengajaran dan galakan untuk membakar semangat anda bagi melakukan yang lebih baik lagi," kata beliau.
Bernama
Tue Aug 23 2016
![PM Najib bangga kontinjen negara ke Rio catat pencapaian terbaik PM Najib bangga kontinjen negara ke Rio catat pencapaian terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471968976_AtletMalaysia.jpg)
Perdana Menteri berkata walaupun Malaysia hanya memiliki kontinjen yang kecil namun semangat juang mereka tiada tolok bandingnya demi menjulang nama Malaysia di pentas dunia.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
![Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720321369_kontinjennegara.jpg)
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
![Bertrand, Nur Shazrin pembawa Jalur Gemilang Olimpik Paris 2024 Bertrand, Nur Shazrin pembawa Jalur Gemilang Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719850285_TBSukanOlimpik.jpg)
Bertrand, Nur Shazrin pembawa Jalur Gemilang Olimpik Paris 2024
Upacara perasmian dijadual diadakan di Sungai Seine dengan bot membawa para atlet bagi setiap delegasi negara.
![Sambutan Hari Olimpik Sedunia secara besar-besaran tingkat kesedaran Paris 2024 - Norza Sambutan Hari Olimpik Sedunia secara besar-besaran tingkat kesedaran Paris 2024 - Norza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717674550_TBMohamadNorza.jpg)
Sambutan Hari Olimpik Sedunia secara besar-besaran tingkat kesedaran Paris 2024 - Norza
Sambutan berskala besar dapat meningkatkan kesedaran rakyat untuk memberikan sokongan padu buat Kontinjen Malaysia.
![Dr Wan Azizah harap rentak cemerlang diteruskan di Sukan Paralimpik 2024 Dr Wan Azizah harap rentak cemerlang diteruskan di Sukan Paralimpik 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698595074_TBwanazizah.jpg)
Dr Wan Azizah harap rentak cemerlang diteruskan di Sukan Paralimpik 2024
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap agar momentum kecemerlangan atlet negara pada Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022 diteruskan pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris.
![APG 2022: Sasaran 35 pingat dicapai, Malaysia tetap buru pingat esok APG 2022: Sasaran 35 pingat dicapai, Malaysia tetap buru pingat esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698421741_Jaguhbadmintonpara.jpg)
APG 2022: Sasaran 35 pingat dicapai, Malaysia tetap buru pingat esok
Malaysia sudah boleh mendabik dada dengan pencapaian kontinjen negara setelah berjaya mencapai sasaran 35 pingat.
![APG 2022: Sasaran 35 pingat semakin hampir APG 2022: Sasaran 35 pingat semakin hampir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697860807_MegatDShahrimanZa.jpg)
APG 2022: Sasaran 35 pingat semakin hampir
Kontinjen negara di APG Hangzhou 2022 semakin menghampiri sasaran 35 pingat ditetapkan selepas berakhirnya saingan hari ketiga temasya itu, hari ini.
![APG 2022: Permulaan positif kontinjen negara, raih enam pingat di hari pertama APG 2022: Permulaan positif kontinjen negara, raih enam pingat di hari pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698070591_MuhammadNurSyaiful.jpg)
APG 2022: Permulaan positif kontinjen negara, raih enam pingat di hari pertama
Hari pertama Sukan Para Asia 2022 menyaksikan kontinjen negara beraksi cemerlang apabila meraih satu emas, dua perak dan tiga gangsa.
![Sukan Asia Hangzhou: Norza yakin kontinjen negara mulakan misi dengan langkah kanan Sukan Asia Hangzhou: Norza yakin kontinjen negara mulakan misi dengan langkah kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665578522_PresidenMajlisOlim.jpg)
Sukan Asia Hangzhou: Norza yakin kontinjen negara mulakan misi dengan langkah kanan
Wushu dijangka menjadi penyumbang pingat pertama Malaysia menerusi Wong Weng Son dalam acara Changquan esok.
![Kontinjen negara terima pujian sangat beradabdi Hangzhou Kontinjen negara terima pujian sangat beradabdi Hangzhou](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695270857_ChongKimFatt.jpg)
Kontinjen negara terima pujian sangat "beradab"di Hangzhou
Pujian itu membuktikan barisan atlet memainkan peranan sebagai 'Duta Malaysia' dengan baik untuk menyebarkan imej baik negara di Sukan Asia Hangzhou 2022.
![Langkah kerajaan susulan keputusan Sukan SEA 2023 tumpuan Dewan Rakyat Langkah kerajaan susulan keputusan Sukan SEA 2023 tumpuan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683303829_TBSukansea.jpg)
Langkah kerajaan susulan keputusan Sukan SEA 2023 tumpuan Dewan Rakyat
Soalan itu akan dikemukakan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) kepada Menteri Belia dan Sukan.