Piya yakin pamer aksi terbaik lawan Yaman

Astro Awani
Mac 15, 2013 11:00 MYT
Skuad bola sepak senior kebangsaan meneruskan latihan sebagai persiapan menghadapi Yaman untuk aksi kedua kelayakan Piala Asia pada 22 Mac ini.
Buat pertama kalinya, ia lengkap dengan kehadiran 27 pelatih termasuk perancang tengah Kelantan, Badhri Radzi.
Tumpuan sesi latihan pada khamis nyata terarah kepada Badhri atau Piya yang buat pertama kalinya menyertai skuad bimbingan Datuk k. Rajagobal.
Hadir sebagai orang baru, Piya bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang kegugupan besama pemain-pemain yang sudah biasa dengan pengendali berusia 57 tahun itu.
Malah, dia ke sesi latihan di Wisma FAM itu dengan penuh yakin susulan kejayaannya menyumbat gol ketika Kelantan menumpaskan Ayeyawady United dalam saingan Piala AFC, pada Rabu lalu.
“Saya rasa bangga kerana terpilih buat kali pertama. Namun, ianya bukan tugas mudah untuk skuad negara dan saya harap mampu buat yang terbaik seandainya kalau ‘coach’ bagi peluang kepada saya."
Piya bagaimanapun mengakui berasa sedikit tertekan ekoran harapan menggunung peminat yang dambakan kelibatnya dalam pasukan kebangsaan.
Justeru, katanya dia akan cuba memberikan aksi terbaik bagi membalas kepercayaan yang diberikan Rajagobal kali ini.
#Kelantan #Malaysia #Piya #Rajagobal #Yaman
;