Piya tiada masalah dengan Rajagopal
Astro Awani
Januari 30, 2013 23:39 MYT
Januari 30, 2013 23:39 MYT
"Saya tiada masalah dengan Rajagobal”.
Itulah penjelasan kapten Kelantan, Badri Radzi atau lebih sinonim dengan gelaran Piya, apabila ditanya mengapa dia tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan, oleh pengendali negara, Datuk K Rajagobal.
Laporan media tempatan sebelum ini melaporkan, Rajagobal meminta wartawan bertanyakan kepada dua bekas pengendali Kelantan, Datuk M Karathu dan B. Sathianathan sama ada Piya layak mewakili skuad negara.
Dalam perkembangan berkaitan, pengendali Kelantan, Bojan Hodak pula enggan isu ini dipanjangkan dan akur dengan pilihan Rajagobal.
Sebelum ini, Piya diberikan peluang beraksi di peringkat tertinggi apabila pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee mengendalikan skuad pilihan Malaysia, berdepan Chelsea dalam aksi persahabatan pada 2011.