Pingat emas wushu negara ditarik balik

AFP
September 30, 2014 04:37 MYT
Pingat emas wushu negara ditarik balik
Penganjur Sukan Asia hari ini menarik balik pingat emas peserta wushu Malaysia, Tai Cheau Xuen selepas dia gagal dalam ujian doping, menurut pihak penganjur.
Tai didapati mengambil ubat stimulan jenis sibutramine, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Asia.
Tai merupakan atlit ketiga yang didapati positif dadah dalam temasya tersebut.
BERITA LANJUT MENYUSUL
"Atlit tersebut telah dibatalkan penyertaannya daripada pertandingan tersebut termasuk di temasya itu, akreditasinya juga ditamatkan dan pingat emasnya ditarik balik," dalam satu kenyataan.
Pengumuman rasmi keputusan itu dibuat agak lewat kerana Tai dan Majlis Olimpik Malaysia telah memohon agar sampel B turut dikaji," pegawai rasmi berkata.
Menurut pengerusi jawatankuasa perubatan, Majlis Olimpik Asia, M.Jegathesan, lebih kurang 1,900 ujian doping dilakukan ke atas atlit Sukan Asia.
Menurut Jegathesan, terdapat tiga jenis ujian doping dilakukan.
Tai mendedikasikan kemenangannya kepada rakyat Malaysia yang menyokong kuat kontinjen negara di Incheon.
"Saya juga ingin berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia atas sokongan yang telah diberikan," katanya.
#Sukan Asia #Tai Cheau Xuen