AARHUS (Denmark): Skuad badminton negara terdiri daripada barisan pemain muda terpaksa akur selepas tewas 4-1 kepada tuan rumah Denmark meskipun memberikan cabaran sengit pada aksi kumpulan D, Kejohanan Badminton Piala Uber di Ceres Arena, di sini, Sabtu.
Pemain perseorangan utama negara, S Kisona bermula garang untuk mendahului pemain di ranking ke-12 dunia Mia Blichfeldt 7-2, namun situasi itu tidak bertahan lama apabila pemain Denmark berusia 24 tahun itu bangkit menyamakan kedudukan 8-8 sebelum menang set pertama 21-11.
Kelebihan bermain di gelanggang sendiri digunakan sebaik mungkin oleh Blichfeldt untuk menyumbang mata pertama menewaskan Kisona yang menduduki ranking ke-53 dunia dengan 21-7 sekali gus menceriakan 2,000 penonton tuan rumah.
Gandingan Lee Meng Yean-M Thinaah yang tewas 21-19 kepada gandingan di ranking ke-16 Fruergaard-Sara Thygesen, bangkit memenangi set kedua 21-10 untuk mengheret kepada perlawanan penentuan.
Bagaimanapun, juara Eropah sebanyak tiga kali itu menidakkan hasrat skuad negara untuk menyamakan kedudukan apabila menewaskan Meng Yean-Thinaah 21-13 untuk mata kedua selepas 70 minit bertarung.
Meng Yean yang memimpin pasukan serta pemain paling senior itu digandingkan selepas gandingan asal Thinaah, Pearly Tan mengalami kecederaan di bahu.
Pemenang pingat perak kejohanan Remaja Asia 2017 Eoon Qi Xuan yang menduduki ranking ke-123 kembali meletakkan harapan buat skuad negara apabila mengejutkan Line Christophersen yang menduduki ranking ke-23, dengan 18-21, 21-18, 21-15 untuk merapatkan jurang.
Bagaimanapun, tuan rumah mengesahkan kemenangan selepas beregu di kedudukan ke-25 dunia Amalie Magelund-Freja Ravn menewaskan Teoh Mei Xing-Yap Ling 21-13, 21-19 selepas perlawanan sengit pada set kedua yang memberikan kedudukan selesa 3-1 kepada tuan rumah.
Pada perlawanan terakhir, pemain negara K Letshanaa, 18, mempamerkan semangat juang tinggi berdepan pemain di ranking ke-35, Line Kjaersfeldt sebelum tewas 21-18, 21-14.
Dalam satu lagi saingan kumpulan D, juara 14 kali China, menang mudah ke atas Kanada 5-0.
Skuad Piala Uber negara akan berdepan China pada Ahad, 1.30 tengah hari waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia) dan melengkapkan perlawanan kumpulan D menentang Kanada pada Isnin 7 malam waktu tempatan (1 pagi Selasa waktu Malaysia).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021
Skuad badminton negara tewas 4-1 kepada tuan rumah Denmark meskipun memberikan cabaran sengit pada aksi kumpulan D, Kejohanan Badminton Piala Uber di Denmark pada Sabtu. - Facebook Badminton Association of Malaysia - BAM
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.