Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!

Astro Arena
April 27, 2024 10:00 MYT
Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D.
KEMENANGAN straight set membenarkan Malaysia meraih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong di Chengdu, China.
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D sebentar tadi.

Goodmorning from Chengdu!

First match of the day, lets get it done @ASTROARENA pic.twitter.com/MCHhT5Olv4

— Syifa Nasir (@syfansr) April 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain ke-10 dunia itu kekal tenang dalam perlawanan yang sengit berdepan wakil yang menghuni tangga ke-15 dunia Cheuk Yiu dengan kemenangan yang cemerlang dalam tempoh 45 minit di Pusat Sukan Hi-Tech di Chengdu.
Ia merupakan kemenangan kedua pemain berusia 26 tahun itu ke atas Cheuk Yiu dalam empat pertemuan. - Stadium Astro
#badminton #Piala Thomas #Lee Zii Jia #Lee Cheuk Yiu
;