Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
Astro Arena
Mei 4, 2024 16:14 MYT
Mei 4, 2024 16:14 MYT
LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, menyeru seluruh rakyat Malaysia membanjiri tanyangan skrin besar separuh akhir Piala Thomas yang melibatkan pasukan Malaysia berdepan China, petang ini.
Melalui laman akaun Instagram miliknya dia berkata "Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
Penyokong boleh menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Thomas secara langsung di 15 lokasi seluruh negeri.
Malaysia menyenaraikan barisan pemain sama ketika berjaya mengatasi Japan dengan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Justin Hoh selaku barisan pemain perseorangan dan barisan beregu pula adalah Aaron Chia-Soh Woi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin. - StadiumAstro