AARHUS (Denmark): Dua pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Thomas - China dan Indonesia - akan berentap sekali lagi untuk menjulang piala berprestij itu pada edisi 2020 di Arena Ceres di sini hari ini.
Kedua-dua pasukan itu bangkit selepas ketinggalan satu mata sebelum masing-masing melakarkan kemenangan 3-1 pada saingan separuh akhir malam tadi.
Juara bertahan China menempah slot final buat kali ke-13 dengan menumpaskan Jepun manakala Indonesia layak ke perlawanan akhir buat kali ke-20 selepas menyingkirkan tuan rumah Denmark.
Ini akan menjadi pertarungan gelaran kali keenam antara dua gergasi badminton dunia selepas China muncul juara pada 1982, 1986 dan 2010 manakala Indonesia menang pada edisi 1984 dan 2000.
Indonesia, pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Thomas dengan 13 gelaran, tetap tenang walaupun kalah acara perseorangan pertama apabila pemenang emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Viktor Axelsen menyumbang mata pertama kepada Denmark dengan mengalahkan Anthony Sinisuka Ginting 21-19, 21-15.
Beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fenaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo menyamakan kedudukan selepas berhempas pulas mengatasi Astrup-Anders Skaarup Rasmusswen 21-13, 10-21, 21-15.
Pemain ranking ketujuh dunia Jonatan Christie, 24, kemudian meletakan Indonesia di kedudukan 2-1 selepas bertarung selama 100 minit sebelum menyingkirkan Anders Antonsen 25-23, 15-21, 21-16.
"Pertama, saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana membantu saya...100 minit wow!. Saya tidak dapat menjelaskan lagi tetapi saya hanya memberi tumpuan mengumpul mata demi mata. Menampilkan aksi sebaik mungkin dan apabila berjaya membaca rentak lawan, saya menjadi lebih bermotivasi.
"Dia bermain dengan pantas dan bijak melakukan serangan. Saya terpaksa memperlahankan rentak permainan dan bertukar kepada corak pukulan jauh," kata Jonatan.
Perjuangan Indonesia kemudian digalas beregu Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk mengesahkan kedudukan dalam usaha menamatkan kemarau gelaran selama 19 tahun selepas 2002, apabila pasangan itu mengetepikan cabaran Mathias Christiansen-Frederik Sogaard dengan 21-14, 21-14.
Dalam satu lagi saingan separuh akhir, Jepun mengorak langkah kanan apabila pemain utama China Shi Yu Qi, yang ketinggalan 20-22 dan 5-20 kepada pemain nombor satu dunia, Kento Momota, terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan.
China, selaku juara 10 kali, bagaimanapun, menyamakan kedudukan 1-1 menerusi gandingan He Ji Ting-Zhou Hao Dong yang menewaskan beregu Jepun, Takuro Hoki-Yuta Watanabe 21-17, 7-21, 21-16.
Pemain berusia 21 tahun, Li Shi Feng, yang juga pemain nombor 65 dunia, kemudian memperagakan aksi menarik untuk mengejutkan pemain nombor 13 dunia, Kanta Tsuneyawa 21-17, 21-15.
Beregu Liu Cheng-Wang Yi Lyu mengesahkan kemenangan 3-1 dengan mengalahkan gandingan Akira Koga-Taichi Saito 21-11, 22-20.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
Piala Thomas (kiri) dan Piala Uber. Foto bwfthomasubercups.bwfbadminton.com
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
June Wei juara Piala Lin Dan
Cheam June Wei muncul juara Kejuaraan Badminton Terbuka Shenzhen Piala Lin Dan yang berlangsung di Stadium Bao'an, Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China.
Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia
Anak mendiang Eric Lee berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.
Axelsen yakin masih 'berbahaya'
Pemain nombor satu dunia Viktor Exelsen tidak berasa tertekan walaupun mengalami kemarau kejuaraan sejak lima bulan.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.