Piala Thomas 2016: 'Post-mortem' untuk skuad Malaysia

Astro Arena
Mei 22, 2016 13:40 MYT
Kempen Piala Thomas negara tamat di separuh akhir menentang Denmark
Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid, menggesa semua pihak agar tidak menuding jari mencari kesalahan daripada kegagalan Malaysia mara ke pentas final Piala Thomas.
Selepas kekalahan Malaysia kepada Denmark 3-2 dalam separuh akhir kelmarin, sudah mula timbul persoalan mengenai beberapa keputusan BAM yang dikatakan menyumbang kepada kegagalan Malaysia.
Antaranya adalah mengambil pemain di luar kem pasukan kebangsaan, Chong Wei Feng, dan gandingan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong untuk memikul cabaran dalam kejohanan kali ini.
MESTI BACA: Piala Thomas jadi milik Denmark
"Saya tidak suka memberi respon segera kerana kami akan mengadakan 'post-mortem' untuk melihat kelemahan-kelemahan yang ada.
"Sekali imbas, sudah tentu kecergasan menjadi punca dan mungkin menjadi fakta. Ia kerana pemain-pemain yang berada di luar BAM seperti Koo/Tan dan juga Wei Feng turut bermain," katanya.
MESTI BACA: Isu kekuatan mental, kecergasan 'serang' skuad negara
MESTI BACA: Chong Wei, khidmat kamu masih diperlukan negara hadapi Piala Thomas 2018 - KJ
Al Amin mengakui bahawa pasukan kebangsaan harus melihat kembali pembangunan pemain akar umbi untuk memastikan Malaysia akan sentiasa memiliki barisan yang mampu mencabar kejuaraan.
Tidak mahu terlalu awal membuat rumusan mengenai kegagalan Malaysia, Al Amin menegaskan BAM akan melakukan 'bedah siasat' prestasi pasukan kebangsaan sebelum mengambil tindakan sewajarnya.
#BAM #Kunshan #Lee Chong Wei #Piala Thomas 2016