Piala Thomas 2016: Malaysia tewaskan Taiwan 3-1 untuk mara ke separuh akhir

Astro Awani
Mei 19, 2016 16:53 MYT
Mata kemenangan diperolehi Koo Kien Keat - Tan Boon Heong
Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2016 di Kunshan, China selepas menewaskan Taiwan 3-1, dengan mata kemenangan disumbangkan pasangan beregu Koo Kien Keat - Tan Boon Heong, mengalahkan Chen Hung Ling - Wang Chi Lin 21-16 22-20.
Terdahulu, Malaysia memperolehi mata pertama menerusi Datuk Lee Chong Wei yang menewaskan Chou Tien Chen juga dengan straight sets, 21-18 21-18.
Namun selepas itu, beregu utama negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong tewas kepada Lee Sheng Mu dan Tsai Chia Hsin 21-16, 19-21 dan 19-21, sekaligus menyamakan kedudukan 1-1.
Malaysia kembali ke hadapan apabila perseorangan kedua negara, Iskandar Zulkarnain mudah menewaskan Hsu Jen Hao 21-8 21-13.
Malaysia akan bertemu pemenang suku akhir antara Jepun dan Denmark, dalam aksi separuh akhir pada Jumaat.
#Iskandar Zulkarnain #Lee Chong Wei #malaysia taiwan #suku akhir #Thomas Cup 2016
;