Piala Thomas 2016: Indonesia tewaskan Korea Selatan 3-1 untuk mara ke final

Haider Yutim
Mei 20, 2016 16:32 MYT
Indonesia mara ke pusingan akhir selepas menewaskan Korea Selatan 3-1 dalam aksi separuh akhir kejohanan Piala Thomas 2016.
Indonesia mara ke pusingan akhir Piala Thomas 2016 di Kunshan, China selepas menewaskan Korea Selatan, dengan mata kemenangan disumbangkan pasangan beregu Angga Pratama - Ricky Karanda Suwardi, mengalahkan Kim Gi Jung - Kim Sa Rang 21-15, 21-18.
Terdahulu, Indonesia ketinggalan satu mata pada perlawanan pertama apabila pemain perseorangannya, Jonatan Christie tewas kepada Son Wan, 21-10, 21-16.
Indonesia kemudiannya bangkit dengan menyamakan kedudukan pada perlawanan kedua menerusi beregu Mohammad Ahsan - Hendra Setiawan, mengalahkan Lee Yong Dae - Yoo Yeon Seong, 21-15, 21-12.
Momentum kebangkitan itu diteruskan dengan kemenangan seterusnya buat Indonesia melalui pemain perseorangan, Antony Ginting yang menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Dong Keun dengan 21-16, 21-18.
#badminton #Indonesia #Korea Selatan #Piala Thomas
;