Piala Suzuki AFF: Thailand pasukan pertama tempah slot ke separuh akhir

Bernama
November 22, 2016 13:40 MYT
Terdahulu, Thailand menundukkan Indonesia 4-2 sementara Singapura seri 0-0 dengan Filipina pada aksi pembukaan Kumpulan A pada Sabtu.
Juara bertahan, Thailand menjadi pasukan pertama menempah slot ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF selepas melakar kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan A di Philippine Sports Stadium di Bulacan, Filipina hari ini.
Penyerang Sarawut Masuk yang menggantikan Siroch Chatthong pada pertengahan babak kedua, menanduk masuk bola hantaran silang daripada Theerathon Bunmathan pada minit ke-89 untuk Thailand mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Singapura.
Terdahulu, Thailand menundukkan Indonesia 4-2 sementara Singapura seri 0-0 dengan Filipina pada aksi pembukaan Kumpulan A pada Sabtu.
Thailand akan mengakhiri saingan pusingan awal menentang Filipinja di venue yang sama sementara Singapura akan berentap dengan Indonesia di Stadium Peringatan Ridzal di Manila.
Kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada Jumaat. -- Bernama
#Piala Suzuki AFF 2016 #Stadium di Bulacan #Thailand ke separuh akhir