Piala Sudirman: Soniia Cheah sukar tentukan karier ekoran masalah tumit
Astro Arena
Ogos 9, 2021 06:21 MYT
Ogos 9, 2021 06:21 MYT
EMPAT siri pembedahan yang terpaksa dilalui membuatkan pemain badminton wanita negara, Soniia Cheah, sukar meramalkan perjalanan kariernya.
Biarpun prestasinya sering dicurigai, dia mempamerkan semangat juang tinggi sebelum menyerah kepada Ratchanok Intanon di peringkat kumpulan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Dia percaya harus pulih sepenuhnya daripada belenggu masalah tumitnya sebelum mengatur langkah seterusnya, termasuk mungkin melupakan kempen Piala Sudirman hujung bulan depan.
"Lapan tahun lalu, doktor pernah berkata saya tidak akan dapat bermain secara kompetitif lagi, tapi saya tidak berputus asa mengenainya.
"Kecederaan ini sering mengganggu saya sepanjang masa.
"Berikutan pembabitan dalam Sukan Olimpik, saya telah menangguhkan rawatan," katanya di Nadi Arena.
Sehubungan itu, dia belum pasti menguatkan cabaran dalam Piala Sudirman pada hujung bulan depan disusuli Piala Uber di Eropah.
"Saya kini ambil sikap selangkah demi selangkah. Saya tidak dapat memikirkan terlalu jauh, saya bukan lagi muda.
"Saya perlu atasi kecederaan ini terlebih dahulu sebelum merancang perkara lain.
"Saya perlu membincangkan perkara soal ini dengan keluarga.
"Saya perlu tahu tempoh untuk sembuh terlebih dahulu.
"Kalau ia berlaku lagi yang menyaksikan doktor berkata perlu diketepikan dalam masa panjang, saya tidak ada jawapan tepat ketika ini."
#Olimpik
#badminton
#Sukan Olimpik Tokyo
#Soniia Cheah
#Pembedahan
#masalah tumit
#Piala Uber
#Piala Sudirman
#tangguh rawatan
#kecederaan
#Ratchanok Intanon