Piala Sudirman: Malaysia perlu perseorangan wanita lebih berwibawa - Rexy
Astro Arena
Mei 23, 2023 08:40 MYT
Mei 23, 2023 08:40 MYT
PENGARAH Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berpandangan, kegagalan kem negara memiliki pesona tersendiri dalam saingan perseorangan wanita masih menghantui skuad negara di peringkat antarabangsa.
Tiada niat untuk memberikan alasan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini selepas terkandas dalam separuh akhir Piala Sudirman di Suzhou, Rexy sebaliknya, komited bersama sama bantu kejurulatihan untuk membaiki kelemahan sebelum cabar dominasi negara elit dalam edisi seterusnya.
"Pasukan China, Korea Selatan, Jepun seimbang di semua posisi.
"Kami harus bekerja keras untuk capai keseimbangan.
"Saya bukan mahu memperkecilkan kedudukan pemain perseorangan wanita dan kalau Goh Jin Wei dalam keadaan (kesihatan) yang bagus, pasti kami akan seimbang.
"Jadi kalau empat sahaja (taruhan) yang bagus tidak cukup untuk menyaingi Jepun dan China," katanya. - Stadium Astro